Jatuh Cinta!
Mungkin itu istilah yang sesuai untuk penulis ungkapkan saat ini...bernafas dari jiwa yang tenang dan damai bagi diri adalah cukup-cukup bermakna walau terapung di sekelilingnya sejuta mehnah dan ujian...aduh saspensnya, jatuh cinta pada siapa ye?
Aku Cuma Lalu
Kau yang merintis denai itu
Aku cuma lalu
Salahkah aku
Jika rumput mati
di tengah-tengah
hujan yang enggan pergi?
Annual Bakri Haron
21 Disember 2006
Sebenarnya,sudah lama diri penulis mencintai seni sastera dan penulisan. Tambah-tambah pula
adanya tumbuh golongan penulis muda yang betul-betul berjejak dengan minat dan fikrah diri, daripada nukilan mereka, makin bercambahlah kecintaan dan semangat untuk menulis...walaupun acap kali dikata oleh seorang teman (malas update blog)...tapi kesibukan diri ini tidak pernah padam kecuali dirilah juga yang memadamkannya dengan rehat yang diciptakan sendiri-sendiri (ambil cuti/bercuti sakit)...
Memang sudah lama ingin menerbitkan sekurang-kurangnya sekali sebuah buku dalam hidup, mungkinkah?mungkin ya dan mungkin tidak...insyaAllah,suatu masa yang diizinkan Allah...panjangnya angan-angan...
Biarlah apa pun, Moga setiap butir bicara, denyut nadi, deru nafas dan aliran darah kita terhimpun kebaikan dan hikmah yang sejahtera buat membina kembali kegemilangan ISLAM pada masa ini dan selama-lamanya pada masa hadapan.
Wallahua'lam.
Monday, November 26, 2007
Sunday, November 18, 2007
Impian Di Hati...
Tugasan Penting Tahun Ini:
1) Belajar Kereta-Dapat lesen
2) Kumpul Dana Peribadi (RM..........)
3) ...........................?
4) Istiqamah dalam amalan Sunat
5) Mujahadatunnafsi-Tazkiyatunafs (Tambah)
6) Sifat Malas +suka merajuk (kurang/buang)
7) Luangkan masa untuk keluarga, sahabat dan DIRI( tambah)
Monday, November 05, 2007
YANG KUHORMATI...
Sunday, November 04, 2007
Sometimes...
ANUGERAH
Friday, November 02, 2007
Titipan Buat Pejuang-pejuang 1o November;
Salam Perjuangan,
Detik demi detik yang terhitung, semangat kalian pastinya makin bugar
Jalan menuju syahid makin dekat menghampirimu, justeru bergembiralah
Mujahid,
Engkau tinggalkan segala-galanya demi perjuangan
Terpaksa mengenepikan sebuah kerisauan
Tertangguh janji, impian dan harapan yang belum tertunai
Dari kejauhan ini, Aku menitipkan setulus doa buatmu
Moga engkau selamat dalam jagaanNya...
Janganlah ragu dengan janji Tuhanmu
Bukankah syurga dan neraka itu pasti
Bukanlah akhirat itu dagangan yang dimain-mainkan
Kerana kelak darah juang yang membasah di tubuhmu
Jadi bukti agung...
Tatkala bangkitmu di hadapan Nya kelak
Bersabar dan teruslah berjuang
Setiap keringatmu akan dibalas jua
Dengan mutiara-mutiara cintaNya
Ayuh mujahid Jangan kau berpaling ke belakang lagi
Mara dan terus lah mara
Syed Qutb dan Al Banna
Menantimu di Jannah!
Subscribe to:
Posts (Atom)