Thursday, June 12, 2008

Seindah Ayat Ar-Rum...

Buat sahabat-sahabat yang sudi hadir, ribuan terima kasih diucapkan, begitu juga dengan sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir kerana kekangan masa dan keadaan...terima kasih juga kerana mengutuskan doa buat kami berdua.kulampirkan beberapa gambar untuk tatapan kalian semua.


SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN


NAZMAN & NURUL SUJAIHAH
26 MEI 2008-KOTA BHARU


kenapa tak sampai-sampai lagi ni...risaunya masa ni, rombongan pengantin lelaki ada yang sesat tambahan jalan pulak jammed...


Ambil gambar atas pelamin ANGANku dan , masa ni pengantin lelaki baru je sampai...bergambar dalam bilik plak..hmm,macam2 cite di sebalik nak bina bilik ni, masalah kontraktor la...mujur sempat siap


masa potong kek...
sedapnya lauk-pauk kat depan ni, tapi masa tu memang tak lalu sangat nak makan...sibuk ke sana sini situ. kat tepi tu, wan (nenek kesayanganku) baju yang ni, persalinan last hari tu...memg penat betul majlis kahwin ni

Bergambar bersama kedua ibu bapa (umi dan baba) yang pakai baju kelabu dan merah dan mertua (umi dan abah) yang dua-dua pakai baju merah.sekarang dah ada 2 umi.

9 Dulang-hantaran daripada pihak pengantin perempuan. gubahan yang umi dan kak long buat sendiri. terima kasih buat ibu dan kak longku...


9 dulang hantaran juga yang dibalas oleh pihak lelaki...


Bergambar kenangan bersama kawan-kawan, adik2 kampus UM dan sahabiah 2 UTM...Terima kasih semua.ukhwah fillah selamanya.

















4 comments:

Unknown said...

Salam,
Tahniah dari kami sekeluarga. Semoga dirahmati Allah keluarga ini..
Tugas sebagai isteri dan suami baru saja bermula..

muhammadridwanto.wordpress.com

AnOkKeLaTe said...

selamat pengantin baru...
sedaplah nasik minyak cik nurul...

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

selamat penganti baru. maaf sebab agak terlewat. semoga Allah merahmati dirimu serta suamimu selama-lamanya. moga dikurniakan Allah cahaya mata yang soleh dan solehah.

hiten mitsurugi said...

salam sujaihah.. walaupun terlewat tapi tetap juga ku ucapkan tahniah.. wah cepat betul QS ni walimah.. apa pun semoga kalian berdua bahagia selamanya dan diberkati dan dirahmati Allah Taala..

2 QS dah kawin, sujaihah dan siti rukiah.. wan nabighah je belum, wakaka