Panggilan telefon daripada seorang teman.
Berita buruk dan pengkhianatan.
.......................................................................................................................................................................
Kelu.
Aku tiada mampu berkata apa-apa lagi setelah dikhabarkan berita buruk tentang apa yang telah menimpa salah seorang temanku di universiti saat ini. Ya Allah, jalan bagaimana harus kubantunya? Tidak lain hanyalah doa dan pengharapan yang sangat tinggi kepadaMu, selamatkanlah dia daripada musush-musuh ISLAM yang bersifat khianat dan pendendam itu.
Kini, hati seolah-olah terserpih kepada ramai dan pelbagai orang. Jadi aku perlu memikirkan banyak perkara pada saat akan berlangsungnya saat manis dalam hidup tidak lama lagi...tapi entahlah.Ujian demi ujian datang dan pergi pada ketika ini. Aku bagaikan tidak mahu lagi memikirkan apa seterusnya yang bakal dan ingin terjadi dalam setiap laluan hidupku.
Namun Allah...
Aku yakini dan percaya Engkau tidak akan mendatangkan semua ini dengan sia-sia. Cuma, apa yang aku harapkan andainya mampu kuringankan beban mereka yang aku sayangi ini, baik keluarga mahupun teman-teman, biar sahaja aku turut merasai perasaan dan kesakitan yang sama dengan yang mereka alami pada waktu dan ketika mereka berada dalam kegentingan (rasa kecewa, sedih, tertekan dan sebagainya...)
(Alangkah manis, jika aku mampu setabah tuan guru, yang tetap jua tersenyum dalam keperitan ujian...)
Ya Allah, kepadaMu aku bermohon selamatkanlah kami semua daripada tipu daya syaitan dan gangguan iblis laknatullah bersama pengikut-pengikutnya ini. TanpaMu, kami ini hanyalah ibarat lalang yang ditiup angin ke sana dan ke sini, tanpa arah tuju dan haluan, rahmatilah kami dalam saat susah atau senang, pada setiap nafas kami dan amalan kami, hanya redhaMu yang kami ingini, perkenankanlah doa kami ini Yang Maha Mengasihani.Amin