Aku ingin terus menjadi dian yang menerangi kegelapan yang tercipta
Biar rebahku disekat laluan penuh onak...
Ketahuilah dalam hidup ini, banyak yang perlu kita korbankan...banyak sangat, sehingga kadangkala impian diri terpaksa dikuburkan begitu sahaja.
Semalam.Jadual tidurku terganggu. Tiba-tiba sahaja sangat banyak perkara yang aku fikirkan dalam masa semalam.Bangun, tidur, ke luar dan ke dalam bilik, bagai bingung untuk melakukan apa-apa pun.
Entah. Pada seorang teman, aku mengatakan mungkin juga hati yang tidak jernih tanpa hidayah Tuhan, atau jua hati yang ditimpa ujian menjadi perumah kepada jin atau syaitan?mungkinlah...sebab hati sangat berasakan kelompangan yang amat.
Aku suka jika dinilai orang dengan sederhana, tidak mengangkat terlalu tinggi atau sanggup merendahkan dengan terlalu hina. Sederhana dalam semua sudut. Disebabkan itu juga, jika Allah membuka hijjab dengan menzahirkan keburukanku atau kelemahanku, maka itu adalah lebih baik,sekurang-kurangnya aku jadi tahu dan sedar diri. Akan sekaligus mengoyak pakaian riya', sombong, takabbur dan lupa diri...
Aku hanya orang biasa sahaja, tiada yang terlebih dan terkurang sebagaimana manusia yang lain, yang saban kali ada dan pernah berbuat dosa kepada khaliq nya.Allah, wahai Rabbku, ampunilah hamba yang menzalimi diri sendiri ini.
Rohku berterbangan entah ke mana-mana... Cinta datang dan pergi ke dalam diri...
Aku menangis sekadar untuk mengalirkan sejuta rasa keluar dari dalam diri. Jika dipendam sekian lama, hati akan menjadi gelap dan tiada rasa. Mati dan dingin, ibarat mayat terbujur. Sekadar untuk mengakui bahawa aku ini punya banyak salah dan silap. Terima kasih kepada mereka yang sering membetulkan aku dengan 'kalam' dan lidah nya yang tajam...terima kasih.sekurang-kurangnya aku dikejutkan daripada mimpi yang panjang dan lena yang benar-benar lena.
Buatmu Allah, kepadaMu sahaja lah tempat sebaik-baik kembaliku nanti.
Wallahua'lam
Seorang sahabat, teman bicara dan sejuta rasa
Alhamdulillah, Allah mempertemukan aku dengan seorang sahabat yang baik dan memahami. Walau sering jua terluka dan terasa dengan khilafnya seorang aku, tetapi tetap jua berkongsi hari-hari yang mendatang dengan tulus doa dan ingatan untukku. Hanya Allah mengetahui, betapa bersyukurnya aku atas sebuah pertemuan...dia sahabat seperjuangan yang banyak berkongsi rasa, sejak dahulu, kini dan selama-lamanya. Aku akan mendoakan begitu. Aku sering mengharapkan dia tetap akan menjadi sahabatku walaupun nantinya jika dia sudah berumah tangga atau apa sahaja. Aku meminta dia tidak akan pernah berubah.InsyaAllah.Teman, terima kasih. Tiada kata untuk kuzahirkan penghargaan dan sejuta rasa iniBuatmu Allah, kepadaMu sahaja lah tempat sebaik-baik kembaliku nanti.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment