Wednesday, December 13, 2006

Doaku UntukMU...

Doa ini aku petik daripada weblog seorang teman seperjuangan...kutujukan doa yang kudus ini untuk diriku dan untuk semua sahabat2ku...terima kasih dan maaf atas segala-galanya...
Ya Allah, kurniakanlah ke atas ku ketenangan, dan tetapkanlah pendirian ku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hati ku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai
Ya Allah!Aku mengadu kepadaMu tentang kelemahanku, kekurangan dayaku dan betapa rendahnya pandangan orang terhadapku.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih,Engkaulah Tuhanku dan Tuhan manusia-manusia yang bertindas.
Kepada siapa hendak Kau serahkan diriku?
Adakah kepada orang yang jauh yang bersikap kasar terhadapku ataukah kepada kerabat yang Kau kurniakan kuasa kepadanya mengatasiku?
Tapi, kiranya Engkau tidak memurkai aku semuanya itu tidak akan aku hiraukan!Namun harapanku kesejahteraan dariMu lebihku harapkan untuk diriku.
Ku berlindung dengan cahaya wajahMu yang menerangi segala kegelapan yang dapat menyejahterakan urusan dunia dan akhirat.
Aku berlindung kepadaMu dari kemurkaan dan kemarahanMu terhadapku.
Relalah aku atas segala-galanya hinggalah Engkau relakan aku.Tidak ada daya,tidak ada kekuatan melainkan dengan bersamaMu.’

Sunday, December 10, 2006

Pencarianku belum berakhir...

Salam. Rasa macam laaaaaaaaama...sangat tak menulis. Alhamdulillah, hari ini diberikan keizinan oleh Allah untuk kembali menyulam kata dan buah fikir.Apa khabar weblogku ni?tempoh hibernasi daripada dunia maya selama beberapa minggu ini bukanlah disengajakan. Aku merantau mencari Allah. Namun pencarianku pastinya belum berakhir. Dulu, kini dan akhirnya. Sentiasa kuingat kata2 ustaz tempatku mengaji pondok, ustaz Ibrahim. awwaluddin ma'rifatullah.perkara awal dalam agama adalah kenal Allah...ya, aku ingin benar mengenali Penciptaku itu.Justeru, kumulakannya dengan mengambil luang waktu cuti ini belajar ilmu kalam. Dan, pondok sri permai, atau dikenali juga sebagai pondok seligi, pasir puteh menjadi pilihan.

Sebersih Awan Seligi
Tenang. Tiada kata yang terbaik untuk mendefinisikan ketenangan yang dapat kuperoleh di pondok seligi. Jauh daripada keserabutan dan hal-ehwal keduniaan. Inilah yang aku cari dalam hidupku sebenarnya. Bagaikan sudah putus kelazatan di dunia apabila saban waktu bergelumang dengan keilmuan dan mutiara-mutiara kalamullah. Segala puji bagi Allah. Bersama sahabiah, kami dilayan oleh ustaz bagaikan tetamu kehormat. Diberi pondok khas, lengkap dengan pelbagai kemudahan. Seusai subuh sehingga selepas isya', setiap detik terisi dengan khazanah ilmu. Tiada ruang untuk berbuat lagha dan hati bagaikan sebersih awan seligi...

Sejernih wajahnya
Betapa bertuahnya diberi peluang oleh Allah untuk mengaji ilmu kalam. Pada ustaz, kuhamburkan segala persoalan dan keadaan keruntuhan aqidah mahasiswa kampus, yang pastinya makin goyah. Selepas kelas, kami berbicara soal isu semasa, isu nasional yang juga melibatkan aqidah. Ustaz acap kali menyebut" Biarlah mengaji tinggi ke universiti mana pun, duduk di pondok sampai berlubang pun, tapi kalau soal aqidah pun tak setel..." dan ustaz banyak memberitahu tentang kegelinciran aqidah para pemimpin negara sekarang, sehingga jika dengan kata2 pun akan tanpa sedar membatalkan aqidah apatah lagi jika qasad di hati tidak ampuh biarpun hanya 99.9%. Terasa kerdilnya aku di sini. Terasa bagaikan aku ini sangat jahil. Apalah yang nak dibanggakan ustaz dengan gelaran sebagai mahasiswa universiti yang jahil ilmu kalamnya ini? Tiga orang ustaz yang mengajar kami. Biarlah aku kenalkan satu persatu ok. Seusai Asar, kelas usuluddin kami adalah bersama ustaz ibrahim. Ustaz muda berusia 27 tahun, berasal daripada pasir puteh. Ustaz pandai beranalogi dan kadangkala analoginya cukup melucukan menyebabkan kelas yang berterusan selama 3 jam jauh daripada rasa bosan dan jemu. Namun, ada masanya ustaz cukup serius dan tegas sehingga pernah juga dalam keadaan berlawak, ustaz menghentak lantai madrasah tempat kami mengajar dengan buluh panjang, nak halau syaitan iblis katanya. Ustaz yang ke2 adalah ustaz Syah. Gerun. Ini ustaz yang mengajar ilmu tajwid. Selepas subuh, semua akan mengaji AlQuran disamping tasmi' bacaan dalam solat. Ustaz Syah seorang yang sinis dan suka memprovokasikan keadaan.Namun atas sikapnya yang provokatif itu, kami sering disirami dengan muhasabah diri dan ingatan kepada Allah. Namun, jauh di sudut hati ustaz, segala2nya adalah untuk kebaikan kami. Ustaz yang ke3 adalah ustaz arfan, dikenali juga dengan panggilan baba. rupa2nya baru kutahu ustaz ni abang ipar akhi fahmi.Baik ustaz arfan, lembut kata2nya dan sangat menyenangkan. Kelas ustaz adalah kelas feqah pada sebelah pagi sampai tengah hari. Dan pada malamnya, kami akan ke masjid di pondok itu untuk mendengar sesi tadabbur kitab.Allah Maha Besar. Segala2nya amat mendamaikan.

Taman2 Syurga...
Seminggu di seligi banyak mencoretkan kenangan manis. Ustaz bertanya; mengapa mahu pulang awal, pengajian di u kan masih lambat lagi? Kami akan kembali ustaz...itulah yang mampu aku katakan. InsyaAllah. babaku telah menetapkan untukku tamatkan ijazah pertamaku dahulu dan jika ingin terus bersemayam di lubuk pondok, sepenuh restu diizinkannya. Baru kuketahui betapa indahnya taman2 syurga ini, di sini ukhwah bersemi, ilmu dan taqwa subur dibajai dan moga2 tunas2 ISLAM akan tumbuh berceracak di hati dan di sanubari. Kata2 akhirku pohon amanat daripada ustaz Ibrahim, buat pedoman di hari hadapan...ustaz merendah diri. tiada kata2 semulia kata2 nabi, kata ustaz,justeru dihadiahkan kembali kata2 Baginda itu kepada kami...
Selagi mana berpegang pada 2 benda, AlQuran dan As Sunnah, tidak akan sesat kita untuk selama2nya..
Salam perpisahan aduhai tanah seligi yang berkat. suatu hari, bumimu akan kujejaki lagi...doakan aku kembali!
Sesungguhnya, pencarianku belum berakhir...
WALLAHUA'LAM

Friday, November 17, 2006

Hatiku...

Selain virus hedonisme yang makin menjadi-jadi sekarang ni, virus My Heart pun tak kurang hebatnya...nak tahu hebat tak hebatnya virus ni ialah kat mana-mana pun berkumandang lagu daripada cerita ni...tensionnya, keyboard kat cc ni rosak pula ...mengganggu moodku untuk menulis je...tengok, baru je cakap dah ada yang pasang lagu Pencinta Wanita nyanyian IrwanSyah ni kat era.fm. dan memang hebat penangan virus My Heart ni, sampai budak2 kecil pun hafal...ni eksperimen pada adik-adikku yang ada di rumah tu, geram...berapa kali diulang tayang cd My Heart tu...

Teringat masa sekolah menengah dulu. Waktu belajar biologi, pasal virus...macam2 virus dengan pelbagai rupabentuk dan sifat dan virus yang sampai sekarang tak ditemui vaksin lagi ialah virus HIV. Sifat virus sangat unik, ianya dapat hidup dalam perumah walau berada di bawah suhu dan tekanan yang tinggi, seingatku begitulah. tetapi apabila berada di suhu bilik, ia akan membentuk hablur...dan ia susah nak dimusnahkan, tak macam bakteria...apa yang nak aku cerita ni...?

Kembali pada cerita asal. Virus My Heart...aku cukup tak berkenan cerita tu...no morale of value rather than Love...dan takut anak2 remaja yang mudah terusik jiwanya tu akan terusan mengagung-agungkan pengorbanan kerana cinta walaupun jelas-jelas kelihatan kemaksiatan yang melampau dalam filem tu, takut terhakis cinta pada Allah jugak...yang paling risaunya adalah adik-adik yang masih mentah dan cepat benar terpengaruh...

Sekarang ni terasa diriku yang paling tua apabila balik ke rumah...kak long ku jauh di Putrajaya, abangku banyak komitmen lain dengan hidupnya...dan sangat2 rasa berkuasa apabila baba memberi mandat dan keizinan untukku merotan adik-adik yang degil...memang susah nak jadi segarang abang dan setegas kak long tapi aku akan cuba, training yang diambil semasa program bersama sahabat-sahabat...memang kesian selepas memarahi mereka, tetapi semua yang kulakukan kerana agama...agama pun suruh rotan kan...

Tapi yang penting kena betul2 pandai treat budak2 yang baru nak membesar ni...nak melentur buluh biarlah dari rebung, rasa nak telefon rumah lepas ni tanya khabar. alhamdulillah, aku pun baru sembuh dari sakit gigi ni. insyaAllah, lain kali tak mahu aku ke Pusat kesihatan UTM lagi buat rawatan gigi.Sakit!oklah...ada appoitment petang ni, jumpa di lain lembaran. adios...

Tuesday, November 14, 2006

Pemergian yang dirindukan...



Walaupun tidak sehala, namun dia pernah menjadi penyembuh di kala luka, rajukku dipujuk dengan simbahan nasihat Pencipta...dia sering mendekati walaupun dijauhi, dan dialah antara yang bertakhta di HATI..

Buat sahabatku, shahmeem...
moga ukhwah kita tidak akan luput ditelan masa dan kejauhan yang akan berlaku selepas graduasi nanti, sesungguhnya segala kenangan dan memori bersama menjadi hadiah berharga buat diri ini. Maaf dan terima kasih atas segala-galanya, terutamanya apabila menukilkan namaku di laman penghargaan tesis mu...aku hargainya.
Selamat bergraduasi sahabat. Moga berjaya hingga ke akhirnya!

Salam...
Lamanya tak menulis di blog sendiri. Hampir sebulan mungkin...Alhamdulillah, hari ini paper yang terakhir, so far bolehlah jawab, keputusannya nanti pastinya aku serahkan pada Allah untuk menilai dan memutuskannya...harap2nya natijahnya adalah yang terbaik untuk diri ini dan agama yang aku cintai, kerana yang lebih penting biar apa pun keputusannya, biar aku lebih tahu menghayati erti kesyukuran dan taqwa pada Allah. Dan muhasabah untuk diri ini ialah, tingkatkan lebih usaha untuk buat yang lebih baik pada masa akan datang. InsyaAllah.

Kata seorang teman, dia suka menegurku walaupun tahu akan kesensitifan diri ini kerana tahu aku akan beruusaha untuk buat yang lebih baik, mungkin ya...tetapi setelah habis rajukku! memang aku cepat merajuk, tapi insyaAllah cepat juga boleh dipujuk...baba ku sering menegur sikapku ini, kerana baginya kita tidak boleh mengitari hidup dengan emosi pilu dan rajuk sepanjang masa terutamanya kehidupan seorang pejuang agama...nanti rugi. Yelah, orang merajuk, kalau diajak makan pun tak nak!kan ke rugi tu, lapar je yang dapat...

Terkejut tak tengok weblogku yang berwajah baru ni? hasil bantuan daripada seorang teman, syukran banyak2 kerana tolong 'upgradekan'. Jasamu dihargai!Alhamdulillah, aku bersyukur sebenarnya, ada teman-teman yang baik seperti ini, sesungguhnya sejuta lautan permata pun tidak akan sanggup kugantikan dengan nilaian ukhwah ini...percayalah.Sekarang ni, masa yang ada,insyaAllah aku penuhi dengan perkara-perkara bermanfaat(nak cari bahan PSM, report2 persatuan...dan kemas barang, malasnya...dan jangan lupa assignment tak siap lagi...)

Tak tahu bagaimana nak terjemahkan perasaanku sekarang ini. Hati yang aman dan berbunga dengan kuntum2 ketenangan, anugerah illahi yang sentiasa didambakan semua..kadang2 terfikir juga, alangkah indah hidup ini jika hati sentiasa suci dan sebersih seorang bayi!...Mungkinkah...


Moga ada yang terindah........

Tuesday, October 03, 2006

Flying without wings, can birds fly without it?

I send my kaleidoscope of feelings through the words...It will be a rainy season or a hot sunny day, gloomy and dark, bright and shining...all is involved to create an atmosphere of condition. Why I like to write? This question may be occurred in anyone’s mind…and the answer is…
I was taught just by using words, no need neither a cane nor a rattan, coz they truly didn’t work …words show how our spiritual works, our brain thinks and our soul feels. By words, someone can pass a message from mind and heart. But sometimes, word can’t define the true meaning of an intention or hope. This called as a misunderstanding and misconception of words. So, caution with the words…because it is a signal of our self.


As an example, lets talk about me. My heart will be absorbed and fill up with joy or sad just by the power of words…I was fascinated with a shimmering of an awesome and beautiful of words…the glorious of poems, such as Muhammad Iqbal’s poems, A. Samad Said, Usman Awang and many other poets. I was inherited this craziness from my father. He is an Art teacher. He is good in Malay literature and Arts. He trained me mostly by his graceful words, how to be a good human being in a world and day after. Syukran my beloved Baba…

All out is I love to talk in a truth but in a very complicated and abstract words, so its quite hard to know what I’m trying to tell in a several times. No matter it is, I seem like an opened diary, just read through it carefully and then you will find out all the mystery and secrets in mine…don’t you believe it? Believe it!
So, I am looking forward to wait for the first reader and I am really glad to hear from a mouth…“I know you better!”

Suatu Hari Di Bulan Ramadhan...

Salam.
Sebenarnya saje je nak bercerita bulan ramadhan ni...pasal makan...hari tu, telefon rumah, umi masak macam-macam untuk juadah berbuka puasa(ayam paprik, ikan masak asam, ayam rendang,paceri nanas...) makin terasa pula nak cepat-cepat balik rumah untuk berpuasa bersama keluarga, mesti lebih terasa feel nya...tapi kat sini pun best jugak, sebab boleh pergi terawih ramai-ramai dengan sahabat2...pasal makan, tak kisah sangat sebenarnya, kan bulan ramadhan ni bulan mendidik nafsu, termasuklah nafsu untuk mengisi perut then kenapa nak bermewah sangat soal makan, cukuplah dengan rezeki yang ada kan?

Apapun, apabila melihat senario di pasar ramadhan (PARAM), sangat-sangat menyedihkan. Gerai-gerai yang ada bagai cendawan yang tumbuh melata selepas hujan, beraneka kuih muih, nasi, lauk pauk dan air...rambang mata untuk memilih yang mana satu berkenan di hati.Mungkin juga kondisi yang paling buruk ialah sifat boros yang wujud pada pembeli yang rata-ratanya pastilah pelajar dan pembaziran yang mungkin timbul apabila terlalu berlebih-lebihan dalam berbelanja...tapi apa yang lebih buruk daripada itu adalah pembeli-pembelinya sendiri. Tanpa menghiraukan kemuliaan bulan Ramadhan, aurat masih bebas didedahkan, berpeleseran bersama kawan-kawan lelaki, beramah mesra, bergelak ketawa tanpa adanya perasaan segan...tak tahulah apa nak jadi. Mungkin memang beginilah ramadhan di akhir zaman. Tiada nilai dan harganya di mata insan yang tidak tahu menghargai barakahnya. Maafkanlah mereka Ya Allah, dan maafkanlah diri ini juga andainya ada kepincangan dalam amalan sepanjang bulanMu yang mulia ini.

Apa pun, ramadhan belum sampai ke penghujungnya...harapnya dapat menikmati dan meraikan bulan ini dengan sebaik-baiknya, sehingga ke akhirnya. Ok lah, rasanya sampai setakat ini dulu, ada masa kita sambung cerita lagi ye. Selamat meraikan Ramadhan ini dengan taqwa dan kemanisan iman. Moga kita semua akan sentiasa berada di bawah naungan kasih sayangNya.





Kekasih Yang kembali...

Ramadhan datang lagi...dan buat kedua kalinya, kedatangannya kusambut di bumi UTM tercinta. Peluang berjemaah tarawikh di masjid kugunakan sebaik mungkin, entah ada lagikah peluang sebegini pada masa akan datang? Mungkin juga apabila bergraduasi kelak, sibuk dengan komitmen itu dan ini, kesempatan sebegini tidak akan datang lagi, siapa tahu...hanya Allah yang tahu.

Ramadhan yang tiba bagaikan kekasih yang baru kembali dari perantauan...rindu untuk menatap wajah barakah bulan ini, setelah hampir 9 bulan terpisah...bulan yang dijanjikan Allah sepenuh keampunan dan keredhaanNya. Adakah aku tergolong dalam golongan yang bertuah itu? Mendapat maghfirah Allah di atas segala dosa dan noda yang selama ini terpalit pada diri? Seribu pengharapan kusandarkan kepadaMu dan seinfiniti kesyukuran buatMu juga ya Rabb, aku masih diberi peluang untuk menghirup udara Ramadhan ini...diberi kesempatan untuk memohon ampun maaf dariMu atas setiap kesalahanku selama ini...terima kasih Allah!

Dan untukmu Ramadhan, aku datang untuk meraikanmu sepenuh kegembiraan...Ya Allah, buangkan rasa penat lelahku saatku ingin beribadat kepadaMu, hilangkan kantukku tatkala niat hati ini ingin bertemuMu lewat dinihari, dan jadikanlah aku orang yang sentiasa bersyukur walaupun diriku lebur dek kesusahan, jadikanlah aku insan yang terusan berjuang walau diri ini dibuang dan terbuang...jangan Kau pinggirkan aku tatkala aku diuji dan janganlah Kau berpaling daripadaku kerana hinanya aku akibat dosa-dosa lampau...maka Ya Allah, aku memohon jadikanlah kesudahan dunia dan akhiratku berlangsung dengan pengakhiran yang baik dan matikanlah aku sebagai pejuang agamaMu. Untuk selama-lamanya, kuabadikan diriku untukMu. Demi dzatMu, aku berserah diri...

Wednesday, September 20, 2006

Teman di hati...

Aku ingin mencari seorang teman
buat menyuluh gelita yang datang
Di jiwanya tersemat sepenuh kasih sayang
Di mindanya tersulam keilmuan yang dijulang

Masih ku ingin mencari seorang teman
buat menghapus duka yang rawan
Menjadi pelindung umpama awan
Menjadi nadi seribu kekuatan

Dan pastinya aku mendambakan seorang teman
buat menemani tuju pelayaran
pada dirinya, sentiasa memahami
tidak surut dengan kekurangan
bersyukur pula dengan kelebihan
teman sejati harapan di hati
abadi...

Friday, September 15, 2006

Sapulah Air matamu...

Salam kerinduan buat semua sahabat sahabiahku...

Betapa masa yang sering cemburu ini menyukarkan pertemuan antara kita semua, masing-masing mempunyai komitmen...sibuk dengan itu dan ini, begitu juga dengan diriku. Malah jika ingin dikira, apabila dipengaruhi desakan emosi dan kelelahan yang teramat, kepenatan yang menghambat, rajuk dan sakit hati pasti jua ingin ku berhenti sahaja daripada jalan perjuangan ini, namun...murka Allah pasti akan menantiku di akhirnya...nauzubillah. Justeru, izinkan aku Ya Rabb, mati sebagai pejuang agamaMu walau susah atau senang, malas atau letih...walau diri yang menjadi galang gantinya.

Namun seharusnya aku bersyukur. Dikurniakan Allah disekelilingku, teman-teman yang mampu hadir sebagai vaksin, mengubat lara, menjadi penawar di hati...tatkala hatiku bersedih, ada kata-kata yang datang memujuk, menyirami jiwa dengan kata-kata nasihat dan semangat, memberi panduan dan memanduku saban waktu...dan aku amat merindui saat-saat manis kita semua bersama.Bila kah lagi saat itu akan berulang teman?

sahabat sahabiah,
Jangan gentar akan ujian. kita mampu melaksanakan segala apa jua yang mendatang asalkan iman dan taqwa kita thabat dan kukuh pada Allah...biarpun apa jua halangan yang melanda, kita mampu mengatasinya, percayalah!Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali...jangan mudah berputus asa kerana kitalah pembawa panji dan risalah agama. Pasakkan kembali kayu kekuatan jiwa kalian, sematkan kalimah Allah di hati...perjuangan perlu diteruskan walau nyawa sebagai ganti...itulah janji seorang mujahid. Moga diberkati.

salam perjuangan.

Tuesday, September 05, 2006

Menarilah wahai pena


Tapakku di sini...di ruang maya
tanpa suara...tanpa pertemuan mata...
Perjalanan seribu batu,bermulanya dengan langkah yang satu...
Kenalilah, fahamilah dan mengertilah
Bahawa pena dan ilmu
bukan sebagai hiasan di minda dan jiwa
tetapi selayaknya adalah anugerah dan amanah
untuk membawa manusia kembali kepada TUHAN
Justeru itulah tugas sang penari pena
teruskanlah tarian sehingga ke rengkung nafasmu
moga setitis dakwat yang tersejat dari hujung penamu
menjadi natijah balasan untuk ke syurga nanti...
Hingga ke hujung nyawa abadi.


YANG BERNAMA WANITA…

Yang bernama wanita…Diciptakan Allah indah dan suciDari rusuk kiri Adam yang bengkok Damba diluruskan berhati-hatiDamba dilindungi dan dibimbingi
Yang bernama wanita…Menghampar sakinah , menyejuk mataMembias kasih , menghulur keikhlasan
"Bukanlah kecantikan dengan pakaian perhiasannya, namun kecantikan itu pada ilmu dan budi pekertinya"Yang bernama wanita…Tiga nafsu keduniaan yang disukai manusia selepas takhta dan hartaPunya harga diri yang perlu dipelihara
Besederhana dan pasrah dengan ujian
Justeru menguntumlah mawar suci idaman
Yang bernama wanita…Nabi menangis keranamu tika isra'mikraj
Kerna ramainya wanita menjadi bahan bakar di neraka jahannam
Wana'uzubillah min zalik!Yang bernama wanita…Nabi berjuang untukmuMengangkat martabatmu ke takhta a'la
Lantas bersama-sama menyusur tarbiah rabbaniah
Yang bernama wanita…Nabi tenang bersamamu
Kerna sucinya kasih yang kau hulurkan
Dirimu kekuatan cintanya , penyambung zuriatnyaJusteru sayap kiri perjuangannya
Dan dirimulah Ummul Mukminin Khadijah , cinta sejati Muhammad Rasulullah
Yang bernama wanita…Nabi tersenyum keranamu
Dek cemburu hatimu yang mengharap sayang
Belai kelembutan membuah rindu
Miliki samudera ilmu nan melaut Justeru menjadi rujukan para sahabah
Dan dirimulah A'isyah , Humaira Rasulullah nan manja
Yang bernama wanita…Punya kelembutan yang bisa melemahkan kekuatan
Seperti Asiah yang meranapkan keangkuhan Firaun
Seperti Sumaiyah yang thabat dengan syahadah
Seperti saljunya cinta MasyitahBisa menyejukkan kawah api nan membahang
Yang bernama wanita…Mendamba cinta agung nan hakiki
Berbicara dengan Ilahi di malam dingin sepi
Seperti Rabiatul Adawiyah , menghulur kasih di perdu rindu
Sujud dan rukuk di hamparan suci
Mengintai cahaya Maghfirah Tuhan
Yang bernama wanita…Taqwa itulah benteng peribadi
Solehah itulah keindahan sejati
Kelembutan itulah hiasan pekerti
Malu itulah iman hakikiIlmu itulah pelita hati
Istiqomah itulah penguat diri
Ketenangan dan kesabaran itulah penyeri budi
Kasih dan sayang itulah didamba nurani….

Nukilan :Ghafirah bt. Idris
10 Ogos 200310.30 pm
Kolej Khadijah , UIAIKIM.fm 20 September 2003

GURINDAM JIWA


Kecintaanku kepada bidang penulisan tidak dapat dibendung lagi...justeru ku bina blog ini sebagai tempat untuk kutumpahkan segala bendungan rasa dan terjemahan kepada akal pemikiran. Jiwa yang sudah biasa disemai dengan rangkaian kata-kata dan gubahan puisi ini bagaikan kekok untuk tidak mengisinya walau seketika...babaku seorang guru sastera, kata-katanya berangkaian dengan madah dan puisi, nasihatnya telus tersusun, bagaikan siraman air sejuk yang menyiram ke segenap atma. Tarbiyah ku tidak perlu adanya tengkingan dan kata-kata nista, cukup menyatakan akan amaran Allah terhadap insan yang sering terlupa dan lalai, dan strategi itu yang sentiasa digunakan baba untuk menundukkan kedegilan dan sifat merajukku. Baba adalah seorang insan yang banyak mengajarku erti kesungguhan. Dia anak kampung yang berjaya. Dia jarang mengajar anak-anaknya tentang kesenangan. Kesusahannya semasa kecil, terpaksa menoreh getah, belajar bertemankan pelita minyak sering diceritakan kembali kepada anak-anaknya dan itulah yang menjadi sumber inspirasiku untuk kuteruskan perjuangan ini.Perjuanganku sebagai pelajar dan daie kepada agama Allah.

Kesukaanku untuk sentiasa menulis dan mencoretkan kata-kata ini sebenarnya lahir daripada sifat dan didikan semulajadiku sejak kecil lagi...di rumah, terdapat satu rak penuh dengan buku -buku sastera, himpunan puisi karangan penulis terkemuka...dan pastinya aku tidak terlepas menatapnya pada waktu luang. Rangkap pertama sebuah soneta cinta karangan penulis William Shakespear masih kuhafal hingga ke hari ini...Bagiku semua ini adalah anugerah Allah dan perlunya untuk kukembalikan segala manfaat daripadanya ke jalan Allah juga. Ya Allah, izinkan aku menulis untuk ku tegakkan kalimah-kalimah Mu di atas muka bumi ini kerana biarlah andainya hanya dengan kekuatan menulis ini aku mampu untuk bertemuMu di akhirat kelak dan aku redha untuk haus akan jari jemari untuk terus menarikan pena kerana kiranya Saidatina Khadijah juga merelakan tulang belulangnya sebagai ganti demi perjuangan agama.Doakan agar kita semua terus beristiqamah di jalanNya.
Sahabat-sahabat...
Sapulah air matamu, kita bangkit kembali, berjanjilah!

Sunday, August 06, 2006

Rindu Itu Suatu Anugerah

"Nanti ada masa, telefonlah rumah. umi rindu..."

Sms ringkas daripada adikku di UPSI semalam cukup menggetarkan jiwa. Berdosanya aku kerana menyebabkan kerinduan pada hati seorang ibu. Umi, maafkan diriku. Acap kali umi merungut mengatakan betapa aku sibuk sehingga melupakan dirinya...tidak sesekali aku melupakan insan yang banyak berjasa dan berkorban untukku ini. Umi, hanya Allah mengetahui betapa fikiran ini sering singgah padamu,mendoakanmu supaya sentiasa dirahmatiNya...tapi aku di sini dikekang banyak tanggungjawab dan amanah. Maafkan aku kerana tidak mampu menghubungimu selalu.

Semasa kecil masih kuingat. Bagaikan tidak mahu ke sekolah, ingin sahaja menemani umi di rumah bersama adik-adik dan keluarga sehingga datukku yang suka berjenaka mengatakan"ambil buluh lah, tebang buat sekolah kat tepi rumah ni. senang, nak pergi dan balik, dekat".Indahnya zaman lampau, nostalgia sewaktu kecil yang cukup berharga buat diriku.
Umi pernah berkata, ada satu perkara yang menyebabkan dia akan mengingatiku iaitu jika dia memasak gulai. Katanya, bila sahaja aku tiada, gulai seolah-olah macam tidak luak kerana adik-beradikku yang lain tidak berapa menyukainya.Seringkali juga aku terharu dengan layanan umi, aku bukanlah anak bongsu, hakikatnya masih ramai lagi adik-adik yang lain di bawah, tetapi aku dan umi sering bercerita, bertukar rahsia dan mewujudkan suatu hubungan istimewa antara anak dan ibu. Aku sering juga mengusik, antara ramai-ramai anak siapakah yang paling umi sayang?mesti kak long, sebab kak long sulung, tekaku atau amir kerana dia bongsu...umi katakan semua anak-anak umi sayang dan doakan...masing-masing ada kelebihan sendiri yang menambahkan rasa sayang umi.

Sesungguhnya rindu itu suatu anugerah yang tidak bernilai, dikurniakan Allah buat manusia sebagai bukti akan rahmat dan kasih sayangNya. Percaya atau tidak, bila kita merindui seseorang, pada waktu yang sama orang itu akan merindui kita juga. Itulah tautan hati yang menjadi rahsia Allah.Sebagaimana lirik lagu Hijjaz.
Rindu itu adalah anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani, punyai rasa rindu...

Walau apa pun, hidup perlu diteruskan, janganlah kita menjadi seorang perindu yang rugi dan lalai ibarat purnama yang merindukan pungguk tetapi jadilah perindu kepada perkara-perkara kebaikan, rindukan keampunan Allah dan syurgaNya, rindukan ibu bapa dan rindukan segala-galanya yang baik maka dengan itu barulah rindu itu wajar dinobatkan sebagai sebuah anugerah yang tidak bernilai bukanlah merosakkan.

Wallahua;lam.
Rindu seorang perindu






Tuesday, July 04, 2006

Pemergianmu

Pemergianmu...-iNtEaM

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan...
Setiap insan yang kebimbangan oh...

Hakikatnya tak tertanggung lagi derita
di pangkuan isterimu humaira’
menunggu saat ketikanya
diangkat rohmu bertemu Yang Esa

tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pening
Beralun zikir menutur kasih
pada umat dan Azzahra...

C/O Dan tibalah waktu ajal bertamu
penuh ketenangan jiwamu berlalu
linangan air mata syahdu iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima bagai payah untuk Umar mempercaya
tetapi iman merelakan jua
bahawa manusia kan mati akhirnya...

Tak terlafaz kata menongkat hiba
gerhanalah seluruh semesta
walaupun kau telah tiada
bersemarak cintamu selamanya


ULANG C/O

Ya rasulullah kau tinggalkan
kami warisan yang abadi
dan dosa silam
sesungguhnya kami merinduimu


Monday, June 26, 2006

Ukhuwwah:Persoalan Yang Tidak Terungkai?

Ukhuwwah: Persoalan Yang Tidak Terungkai?

TEMAN
Teman,
Seiring dengan setiap denyutan nadi dan deru nafasku pada Agama
Setiap kali itulah namamu ada bersama dalam doaku...
Betapa indahnya ukhuwwah ini,
Bagaikan tidak mahu ditukargantinya dengan sang purnama
Atau awan gemawan nan biru...
Antara kita tiada sempadan masa dan usia
Kerana...
Kita diikat dengan aqidah yang Satu
Ketahuilah Teman,
Seringkali jua aku menangis...
Tidak mampu memberimu syurga dunia
Apatah lagi intan dan permata...
Kerana diri ini juga penuh kedhoifan dan kelemahan...
Aku hanya ada sekeping hati untuk menyayangimu selamanya Teman
Hanya sebuah cinta dan doa...
Doa dari seorang sahabat yang selama ini mengharapkan gerimis mengundang di kala hari mu gersang...
Dan doa seorang hamba untuk sama-sama memohon keampunan dariNya untuk kita semua, insya Allah.

Letih. Penat. Lenguh dan menyesakkan dada...bangkitnya persoalan mengenai ukhuwwah umpama menahan berat sekampit simen di atas dada. Suatu polemik yang tidak habis-habis diisukan dan dibicarakan hampir beberapa mutakhir yang lepas. Ukhuwwah kita polos?ukhuwwah kita tidak mantap?Mengapa?Adakah kurangnya cakna pada sahabat menyebabkan hubungan jadi dingin, sedingin air batu di kutub utara atau bagaimana?
Atau disebabkan oleh perbedaan pemikiran, minat dan pendirian menjadikan bilah-bilah silaturrahim berkarat dan rapuh?Sengaja ana nukilkan sajak berjudul teman buat renungan semua, kerana jika ditelusuri beginilah hati perasaan seorang yang bernama rafiq yang benar-benar menyayangi sahabatnya bukan sekadar kata-kata manis, menjanjikan seribu impian untuk dilakarkan bersama tetapi di hujungnya membiarkan sahabat terkapai-kapai kelemasan, sendirian dan keseorangan berada di jalan dakwah dan medan perjuangan seribu liku ini.
Terserah kepada kalian semua untuk menilai tahap pengorbanan diri dan setinggi mana kasih sayang yang mampu kita semua hadiahkan dengan ikhlas kepada sahabat-sahabat kita. Adakah cukup pengorbanan kita selama ini? Melalui ujianlah contohnya kita dapat menilai sifat sebenar seseorang itu, begitu juga dalam soal bersahabat,dalam keadaan genting, barulah kita dapat mengenalpasti siapakah sahabat kita yang sebenar, yang sanggup bersama susah dan senang. Pernah ana melaksanakan satu modul ujian-Pada suatu waktu, jari ana terkena pisau. Sengaja ana balutkan luka tersebut besar-besar supaya jelas nampak di pandangan umum. Niat ana hanya satu, ingin melihat dan menanti siapakah antara sahabat-sahabat ini yang bertanya tentang jari ana itu. Bukan sengaja ingin meraih perhatian dan simpati segunung daripada sahabat-sahabat tetapi ingin melihatkan ukhuwwah kita, dan menilai sendiri di takuk manakah ianya berada...tapi modul tersebut jelas gagal!
Suatu pandangan yang perlu diakui kebenarannya apabila ada sahabat yang menyatakan bagaimana ingin dimantapkan ukhuwah kita dengan manusia jika ukhuwwah yakni hubungan kita dengan Allah Yang Maha Agung sendiri tidak mantap?Bila hubungan kita dengan Allah adalah baik dalam erti kata benar-benar baik, maka tidak akan ada masalah lagi hubungan kita dengan manusia kerana hati-hati manusia ini dipegang olehNya dan begitu mudah dibolak-balik oleh Allah sekiranya Dia mengkehendaki. Namun sekiranya masih wujud juga permasalahan, maka itulah namanya sunnah Allah, lumrah alam yang kita tidak mampu untuk menghindari melainkan dengan izin Allah jua...
Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenarnya) dan kepada Kamilah kamu akan kembali (AlAnbiyaa’:35)

Sahabat-sahabat,
Tiada lagi kata-kata yang mampu ana gambarkan betapa kasih sayang kepada kalian insyaAllah ikhlas keranaNya. Soal benarkah ikhlas, atau sekadar berbasi-basi ini bukan lagi ingin kita lihat sebagai perkara pokok walaupun yang menilai baik buruknya amal kita berpunca daripada ikhlasnya hati.Tetapi apa yang perlu diaula kan ialah sejauh mana tahap dan perilaku kita untuk menterjemahkan segala pengakuan kita, berkorban demi sahabat ini dalam bentuk praktikal?
Seribu kali boleh dilafazkan...”ana sayang antum antunna semua”, ”ana rela berkorban demi sahabat” tetapi bolehkah kita yang pertama sekali ke depan mempertahankan sahabat,tatkala sahabat kita ingin ditusuk tombak atau panah berduri laksana Saidina Abu Bakar yang sanggup menahan sakitnya gigitan kala di Gua Thur, semata-mata mempertahankan Rasulullah yang tercinta?Tepuk dada tanyalah iman dan taqwa kalian semua...atau sekiranya dinisbahkan dengan hanya separuh daripada kasih sayang Abu Bakar terhadap Rasulullah mampukah kasih sayang-pengorbanan sahabat-sahabat kita semua ini untuk mengatasinya? Perkara ini perlu diperhalusi dengan matangnya penilaian dan koreksi diri kita semua. Ana tidak mahu bercakap seolah-olah ana adalah sahabat yang paling baik, hakikatnya kita semua bukan lah insanulkamil yang mampu mencukupkan keperluan dan menyenangkan hati semua pihak...adakalanya ada hati yang terguris, ada ketikanya lidah tersalah berbicara, justeru hanya kemaafan yang mampu dihulurkan dengan matlamat supaya khuluqiah kita sirna dengan dendam ammarah dan perasaan sakit hati pada sahabat-sahabat kerana itu semuanya merupakan jarum-jarum syaitan yang digunakan untuk memecahbelahkan anak-anak Adam sebagaimana janjinya dulu.

Assyura:43
”Tetapi orang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan)yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan”


Salam perjuangan daripada ana...moga kita semua sentiasa istiqamah pada jalanNya. InsyaAllah.
Ilalliqa’wamaassalamah.
Amal kerana Allah
IMAN NASUHA

Friday, May 12, 2006

Bermula daku di sini


Ku harap weblog ini akan memberi manfaat kepada agamaku...ameeen.